Ahad, 28 November 2010
Pertemuan bersama Ahli Cheng Ho
Selamat Petang Pengunjung Blog NR CAFE. Assalamualaikum.
Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan NR SEAFOOD VILLAGE beroperasi, NR sudah diterima masyarakat dan semakin berkembang. Itu juga semuanya anugerah Allah yang sebenarnya hanya pinjaman dunia. Semoga sokongan dari pelanggan dan warga NR CAFE memberi NR satu inovasi baru buat Negeri Terengganu dan peningkatan ekonomi orang melayu.
Baru baru ini, ekspo CHENG HO telah diadakan di Kota Bharu. Expo ini adalah sempena memartabatkan perniagaan ke seluruh negara. Ramai pengunjung dari serata negeri telah menyertai program ini. Program ini mendapat sambutan di kalangan para peniaga dan menjadi corak keindahan islam dalam menjalankan perniagaan sebagaimana yang telah ditunjukkan pada zaman Rasulullah dahulu kala. Selain itu, Cheng Ho dipilih sebagai menyambut ulang tahun ke 600 kedatangan ke Malaysia.
Expo Cheng Ho ini telah memberikan NR satu peluang baru untuk bergerak lebih jauh. Seramai 40 orang ahli akan memeriahkan majlis yang dianjurkan oleh pihak NR. Nantikan gambar dan butiran selanjutnya.
Masa : 4.00 petang
Tempat : NR Seaffod Village
Tempat : NR Seaffod Village
© -NR-