..
Saya pasti ram
ai di luar sana suka makan makanan cendawan berasaskan cendawan tetapi masih belum jelas atau tidak tahu khasiat yang terkandung dalam cendawan. Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna kepada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan dan untuk tujuan perubatan.

..
Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang yang membawa
penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Namun tidak semua cendawan boleh dimakan dan ada juga cendawan yang beracun.

..
Cendawan boleh dimakan segar sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan telah dijadikan serbuk di dalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di pasaran.Antara jenis-jenis cendawan yang biasa kita lihat dan makan ialah cendawan tiram, cendawan telinga kera atau jeli hitam, cendawan kukur, cendawan shiitake, cendawan butang, cendawan enoki, cendawan jarum emas dan banyak lagi (sekadar menyebut beberapa nama).
..

..
Ia mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser selain dikatakan dapat membantu meningkatkan system imuniti tubuh, anti-radangan, anti-bakteria, anti parasit dan melindungi hati.
.
Cendawan kukur merupakan jenis cendawan klasik yang selalu ditemui di mana-mana kawasan yang terdapatnya kayu mati terutamanya batang kayu
getah dan lain-lain. Disebabkan sifatnya yang tahan lasak, ia mudah tumbuh dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.

..
Selain itu, cendawan Jarum Emas dikatakan merupakan agen toksik kepada sel tumor, meningkatkan system imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus. Selain agen anti radangan dan aktiviti pelindung gen – menghalang kerosakan DNA.
..
Cendawan Hericum erinaceum atau cendawan Bunga Kobis dikatakan dapat membantu merangsang factor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti trauma saraf akibat strok dan juga peyakit Alzheimer, membantu menguatkan otot, gerak balas motor dan fungsi kognitif, membantu merawat ulser perut serta membantu meningkatkan system imuniti.
...
Cendawan Tiram Kelabu juga mengandungi antioksidan dan kalsium yang tinggi. Ia hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya.
NR Cafe menyediakan cendawan sebagai pilihan sayurannya dalam menu yang dihidangkan Lihat Menu Kami
NR Cafe menyediakan cendawan sebagai pilihan sayurannya dalam menu yang dihidangkan Lihat Menu Kami
0 comments:
Catat Ulasan